Thoughts

I notice that I would have something like endless train of thoughts whenever I am on the motorcycle or on the road driving a car. I would be thinking of sooooo many things, day dreaming of plenty of scene and at times I found out I am reminiscing about my life experience. Whenever I come back to reality, there are normally two things that happen to me. Either one that would took it place.

One. I feel good after that ‘Mind Journey’.

Two. I feel awful post-‘Mind Journey’.

Of Course I would like to experience the number One feeling more than I would have to experience the number Two feeling. For this matter, I tried hard to keep myself thinking of the good things all the time. And yes, the endless train of thoughts somehow at times are too fast that there are times it can’t change its pathway and get into the wrong track. Ending up making me feel awful. *sweat* And I do not think it is a bad idea at all since I took it as a feedback of my capabilities of really controlling my own mind.

Having an endless train of thoughts also makes me realise that my effective mind is working during such activities: Riding motorcycle and driving a car. Good thing to know I am creative and imaginative. Many good ideas popped out when I was having that “trance” on the bike and in the car. Yet, the challenge would be ‘How Am I Suppose To Pen It Down?!!!’

Yes. I learn about creativity that to make it happen, once one gets that ‘Eureka call’, one would have to pen it down on a paper or maybe a book of ‘Eureka Call!’ of their own. Next step would be to execute, or may be to plan on how to make that ‘Eureka Call’ a reality. Materialising it to the max!

Thus, it is pretty frustrating to know that my ideas, all the excellence ‘Eureka’ ideas are gone with the wind of change. The change of state as well as the change of location. And this will not stop me from jotting down my ‘Eureka!’. I swear!

Advertisements
Tagged with: , , , , , , , ,
Posted in Diary, Experience, Opinion

Blogging?

Honestly.

I’ve left this site of mine for aaaaaaaaaaaageeeeesssssssss~~~~~~ (this is how I Hyperbolised the emotion after seeing the web still alive)

I saw this one email from Living Your Legend, sent by Scott Dinsmore who started a revolution through Blogging. What a decent life he seems like he is having currently. I once followed his blog, followed his writing in fb group as well. And as what happen to this web of mine, I left them out for quite sometimes already.

Now that I am reminded of why was I started this blog anyway?

Sincerely….

It is because I saw two friends of mine, back then when i was in Taylor’s University College, wrote some awesome blog posts. And I was, at that point of time, kinda agitated to start writing my own pieces of blog post. My thoughts, ideas, feeling, everything, it seems like decent enough to be poured on the web. Nak cerita dekat orang tapi cam segan tapi cam nak juga buat kan? *sweat*

Right now, reflecting upon the real intention of starting a blog, it answers why I really can’t keep up with the momentum of writing in my own blog. So, yeah, this is what happen when the intention was not clear as crystal.

Alright, what I am doing right now is merely writing for the sake of writing something. Following the advise of Scott in LYL, in order to keep the momentum one would have to pen their thought as frequent as one could. Penning the thoughts would eventually helps one in enriching their vocabs, improve their mind and thinking structure, and concurrently causes the writing skills being improved as time passed by.

Those are the things that I’ve long for. Lama sangat dah teringin nak mengasah bakat penulisan, bakat berfikir, bakat menstrukturkan ayat dan menyentuh hati manusia melalui penulisan (cheeeewah!). Macam kawan saya tu, Bukan Suparmen punya blog. *smile*

‘ala kulli haal, I hope that I keep on moving forward and keep on writing.

Cause I’m doing it right now.

Tagged with: , , , ,
Posted in Diary, Experience

Bertemu Lagi Kita, Sayang

Sayang,

Bertemu lagi kita. Tidak dapat digambarkan perasaan saya saat kita bertemu lagi tadi. Hanya linangan air mata yang mampu saya zahirkan. Iyalah, sayang tahu betapa rindunya saya kepada sayang? Mungkin sayang tidak tahu, jadi, biar saya nukilkan di sini.

Saban tahun sayang datang bertemu saya. Saban tahun juga sayang pergi tinggalkan saya. Bahagianya saat pertemuan tiba, Allah sahaja yang tahu. Sedihnya rasa jiwa saat perpisahan, Allah juga yang Maha Mengetahui. Sayang mungkin tidak tahu, apatah lagi untuk mengerti. Biar saya nukilkan di sini.

Sungguh! Banyak perkara yang saya lalui sepanjang setahun ketiadaan sayang bersama saya. Ada masanya rasa iman saya menjunam jatuh tahap teruk sekali. Iya, saya tahu saban tahun saya berjanji kepada sayang, lebih utama lagi, saya berjanji kepada diri saya sendiri untuk kekalkan prestasi keimanan sepanjang bersama dengan sayang tahun lepas sehingga saat pertemuan kita lagi. Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW, iman ini ada naik dan turunnya. Banyak kali saya terkenangkan sayang bila tengah dalam iman down. Saya kenang kembali saat manis ketika bersama, sedikit sebanyak kenangan-kenangan itu menjadi madu yang meningkatkan tahap iman saya. Sayang mungkin tidak tahu, apatah lagi untuk mengerti. Maka, biar saya nukilkan di sini.

Kali ini sayang, kita bertemu lagi. Saya perlu ikhlaskan niat, bersihkan jiwa, semoga Allah menerima amal ibadat saya dan mengurniakan RedhaNya ke atas diri saya. Iya, saya tahu sayang akan bersama-sama dengan saya dalam permusafiran meningkatkan iman dan taqwa. Namun sayang, ketahuilah. Saya bukan hamba sayang. Saya cuma rindu dan kasihkan sayang ikhlas kerana Allah ta’ala. Iya, saya bahagia saat sayang tiba, saya suka tatkala bersama-sama dengan sayang. Namun, amal ibadat dan amal soleh yang saya lakukan sepanjang kita bersama bukan kerana sayang. Hanya kerana Allah SWT. Sayang mungkin tidak tahu, mana mungkin faham. Biarlah saya nukilkan di sini, untuk tatapan saya sendiri dikemudian hari.

Iya, sayang adalah di antara kurniaan Allah yang paling istimewa dalam hidup saya! Betul, sungguh, tak tipu, janji! Sayang istimewa pun sebab Allah taburkan janji-janjiNya untuk mereka yang meraikan sayang, bila sayang hadir dalam hidup mereka. Sebab itu saja. Mungkin sayang tidak tahu, apatah lagi untuk mengerti. Itulah satu-satunya sebab sayang sangat istimewa dalam hidup saya, juga dalam hidup ramai lagi. Biar saya nukilkan di sini, untuk saling ingat mengingati.

Jadi sayang, semoga kita sama-sama menempuh perjalanan dalam suasana aman dan harmoni, kekal istiqomah memelihara amal soleh Lillahita’ala. Terima Kasih ya Allah kerana mengurniakan nikmat untukku bertemu dengan sayangku buat kesekian kali, tarima kasih sayang kerana sudi menempuhi permusafiran meningkatkan iman dan taqwa bersama kami.

Oh, Ramadhanku Sayang!

Posted in Diary

Masjid Kampung

Alhamdulillah, diberi kesempatan, peluang oleh Allah ‘Azzawajal untuk mengisi masa pagiku dengan baik hari ini. Aku pergi solat subuh di Masjid Kampung Damai, lebih kurang 5 minit jauh jarak perjalanan menggunakan kereta. Sekali sekala aku mengubah angin, solat di masjid kampung lain. Sedangkan masjid di kampungku tidaklah sejauh mana dari rumah tapi mengambil semangat menziarahi masjid lain adalah satu pengalaman yang membuka minda.

Kehadiran jemaah untuk solat subuh berjemaah di masjid tidaklah penuh satu saf. Menariknya, ada 3 orang remaja turut serta. moga-moga mereka adalah dari kalangan belia yang istiqomah dengan kehadiran berjemaah di masjid. bila fikir kembali, kenapalah tidak aku berta’aruf dengan mereka? Di kampung ku jua, tidak ramai belia yang hadir untuk solat berjemaah di masjid. Walaupun solat berjemaah maghrib yang selalunya ramai jemaah yang mampu hadir. Jika maghrib pun dah sukar, jangan kata tentang solat-solat yang lain. Banyak gerak kerja yang dilakukan nampak gayanya… Bermula dengan diri sendiri!

Usai solat Subuh, sesi zikir dan Kuliah Subuh. Ini antara faktor penarik kepadaku untuk menghadiri solat Subuh di masjid ini. Bukanlah masjid di kampungku tidak ada kuliah Subuh, tapi macam yang aku katakan tadi, nak tukar angin. Biasanya di kampungku Imam Bulan Agama (namanya Kamaruddin, boleh la…) bacakan kitab baru yang aku pun belum tengok apa tajuknya. Muzakkir bentangkan bab Halal dan Haram dalam Islam, aku tidak pasti apa kitab rujukannya. Dan aku bertindak sebagai pemerhati semata-mata pada pagi ini.

15 minit yang pertama, aku lihat ramai yang mula ‘Syahid di medan Jihad’. Hampir semua pak cik-pak cik yang hadir tetunduk khusyu’, tersengguk-sengguk. Termasuk seorang adik yang duduk di sebelah ayahnya. 3 orang remaja tadi, hilang entah ke mana. Aku meneruskan pemerhatian, dan keadaan ini berterusan sehingga lebih kurang 10 minit terakhir Muzakkir berbicara dengan kitabnya. Usai membentang beliau bertanya ‘Ada Soalan?’

Kurang daripada 1 minit, beliau membuat penggulungan dan majlis bersurai. Termenung sebentar aku melihat suasana yang berlaku.

Satu usaha murni telah digerakkan di kampung-kampung, untuk menambah pemahaman kepada masyarakat dalam qriah tersebut. Namun, jujur aku dapat rasakan usaha yang diletakkan tidaklah benar-benar mengesani jiwa yang hadir. Kerana apa? Gaya kuliah ini disampaikan dan juga sikap mereka yang hadir. Mungkin kerana letih di malam hari, mungkin kerana nak hadirkan diri semata-mata ‘nak ambil berkat’ majlis ilmu, masing-masing menghadirkan diri. Apa yang dibawa balik untuk diamalkan? Tepuk dada tanya iman.

Situasi ini membuatkan aku berfikir, alangkah berbezanya masyarakat Melayu di kampung dan di bandar. Dari segi budaya menuntut ilmu sehinggalah kehidupan seharian. Dari pemerhatianku, masyarakat Muslim di bandar lebih terdedah kepada isu-isu semasa, dicurahi dengan pemahaman agama dari konteks kontemporari dan juga lama, berbanding di kampung-kampung (kampung kawasan aku ini) yang majoritinya mengamalkan gaya lama dalam menyampaikan ilmu agama. Pasti sekali belia pemuda remaja tidak tertarik untuk menghadirinya, sebabnya aku pun tidak tertarik dengan isi yang dibentangkan.

Lain pula rasanya bila berada dalam sesi kuliah subuh di Surau Munawwarah Seksyen 13 Shah Alam. Bukan saja gaya penyampaian yang menarik malahan, keadaan jemaah yang hadir turut mengalirkan aura untuk bersama-sama mendengar dengan penuh perhatian. Kerana majoriti yang hadir menumpukan perhatian, sedikit sekali yang ‘Syahid di medan Jihad’. Indahnya suasana begitu, ingin aku bawa pulang ke kampung (bukan kampung halaman) ku.

Satu ayat yang terbit dalam mindaku, “Masih banyak kerja dakwah yang perlu dilaksanakan”. Setelah aku menanam benih kemahuan untuk melaksanakan agenda dakwah di kampung ini, wajiblah untukku menyemai dan membaja serta memastikan benih agenda dakwah ini membesar subur agar kelak membuahkan ‘amal yang menjadi bukti di akhirat kelak. Sesungguhnya Ya Allah aku telah berusaha, terimalah usaha kerdil ku ini Ya Rabb, kurniakanlah RedhaMu ke atas kami….

Posted in Uncategorized

So, what is important now?

I’m pretty sure a lot of people have had the chance to watch Alangkah Lucunya Negeri Ini. I’ve just had the opportunity to watch it today, I liked it.

Being a person who hardly watch movies, television, due to the surroundings i’ve been into that does not permits me to watch the so called idiot box by one of my lecturers back then, I found that it is enlightening to be able to watch such movies which have a lot of content, message, and concurrently, touch one’s heart. It touched mine, at least.

A story of a postgraduate who faced difficulties in getting his desired job, doing his best to practice the knowledge which he have obtained from a journey of education, putting it in a way that would contribute not only to him self but also, to everyone. A practical skill that rarely appreciated in the modern world nowadays.

I’ve learned that the objective that we would like to achieve does not simply permits any actions to be taken in order just to ensure the objective is met. It is the teaching of Islam, of course, that limits this. As for those who believe in Machiavelli, the black hole, perhaps, is the only hindrance.

How beautiful the storyline being put together, it manage to sparks controversy, within me of course, about what is wrong and what is right in the end of the day. And the messages that were brought forward in this movie are crystal clear, that I’ve wished all single souls who were appointed as the leaders of the nation (my Nation, Malaysia) got the opportunity to watch this movie. It is a voice of the people that should be heard, and it was delivered in a fabulous way.

Hey, it is the people who appoint their leaders, isn’t it? thus, watch the movie people. so that we know the leaders who we appointed later are the people who are able to work for us. of course, not only in obtaining the happily ever after ending in this world, but also in the hereafter.

shortly, this movie is beautiful, I like it.

Posted in Uncategorized

Sejarah dan Kita

Begitu menarik perhatian isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini, terutamanya tentang kesahihan sejarah negara yang diriwayatkan oleh ramai pihak. Ada pihak terus menerus menyokong kesahihan  periwayatan sejarah negara yang sedia ada kini, malahan tidak kurang pula yang menyeru agar sejarah negara disemak semula.

Siapa yang mengetahui sejarah, dia tahu kemana hendak diarah. Oleh itu ketahuilah Seerah dan sejarah Dakwah anda di Abad ke 20 ini. Jangan berhenti membaca dan bertanya. Jangan disibukkan dengan isu-isu semasa sahaja, kerana kebanyakan darinya hanyalah serangan saikologi, bukan hakikat yang memberi bekas kepada Jalan Dakwah anda. “Adapun buih, ia akan pergi kekeringan. Adapun yg bermenfaat, ia akan kekal dibumi. Demikian Allah mendatangkan perumpamaan” (Al-Quran).

(UAHA, 2011)

Bukanlah pembangkitan isu-isu itu yang sewajarnya diberi perhatian lebih namun kepada apa yang ingin diketengahkan, yakni pengsahihan periwayatan sejarah ini. Ada hikmahnya isu ini tertimbul. Manakan tidak, barulah mula ramai yang membuka mata, menyuarakan pendapat tentang sejarah negara kita yang sekian lama (50 tahun kut) dipelajari dan di’hayati’. (Atau sebenarnya dah lama tapi tak cukup panas macam sekarang?)

Namun begitu, mungkin dari kalangan ayah-ayah, pak cik-pak cik, atok-atok, ramai yang mengeluarkan butir pendapat masing-masing. Pemuda, belia, remaja, boleh jadi ini reaksi mereka: ‘Sejarah? Er… Apa itu?’ ataupun ‘…’ dan lebih menyedihkan bila berlaku begini “…zzZZZ…”

Masakan subjek sejarah ini benar-benar menarik perhatian! Lihat saja yang dipelajari semasa tingkatan lima, sejarah kemasukan koko dalam Malaysia, Sawit, Getah, nama orang yang bertanggungjawab, dan metod penorehan her-ring. Menarik bukan? Ya, itu hanya sebahagian daripadanya, bukanlah semuanya kurang relevan. Sejarah tentang perjuangan menggapai kemerdekaan, detik hitam dan pelaksanaan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan keharmonian negara sudah pasti menyumbang kepada pemahaman yang baik dalam meerapkan nilai-nilai cintakan tanah air ke dalam jiwa setiap orang Malaysia.

Pergi lebih awal daripada itu, kita lihat sejarah yang lebih awal banyak periwayatan diambil daripada orientalis, di mana sejarah itu tertulis secara partial truth? Kisah bagaimana kehidupan manusia di Malaysia bermula, kembang biaknya, kehadiran pedagang dan mubaligh. Suatu perkara yang menarik di situ, seingat-ingat penulis tentang subjek sejarah dalam tingkatan empat, penyebaran agama Islam ini disampaikan melalui pedagang-pedagang arab yang datang dari jauh semata-mata untuk MEMONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH DI NUSANTARA sementara kehadiran para penjajah dari tanah barat pula dengan mesej GOLD, GLORY, GOSPEL dan juga WHITE’S MAN BURDEN.

Ya… Anda nampak sesuatu di situ? Disirnakan di hadapan pembacaan kita penjajah dari barat datang dengan mesej Holistik manakala pedagang arab datang dengan tujuan Duniawi, sambil-sambil itu mereka menyebarkan fahaman agama Islam. Benarkah begitu? Kita semua Cuma angguk-angguk setuju dengan perkara ini?

Saya kira, wajarlah kajian yang lebih telus dibuat. Seperti kata-kata Ustaz Halim di atas, dengan mengetahui sejarah kita tahu destinasi yang ingin kita tujui. Bukan dengan menyerah bulat-bulat, tak kisah lah apa yang diriwayatkan janji dah tak ambil subjek sejarah masa ni (di IPT, dah bekerja). Ambil tahu juga dan pelajari semula. Kerana sifat seorang mukmin itu sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru dan memperbaharui kefahaman yang mereka ada. Macam kata Dr. MAZA, Minda Tajdid, pembaharuan.

Moga-moga bermanfaat untuk kita.

p/s: banyak masa kita untuk telusuri laman web buku muka, tiub awak, mencari hiburan. Mengapa tidak, beri sedikit ruang cari sumber cerita-cerita sahih, yang berkenaan dengan diri kita,  bukan gosip perihal orang lain semata-mata? 😉

Posted in Uncategorized

Outdated

I can’t help it but to smile…

“Pakai kad. Touch n Go. Kalau ada mykad tu boleh pakai”

I just brought out 2 RM1 notes from my pocket at that moment.

‘Oh?’ Was my only respons. Hastily I brought out my mykad and hand it over to the driver.

“Boleh top up. Lima ringgit boleh”

I brought out 5 pieces of RM1 notes.

“Lima ringgit yang sekeping. Ada? Satu ringgit satu ringgit tak boleh. Dia nak lima ringgit. Nak top up ni pakai mesin, leceh sikit”

‘Oh?’ My next respons. I search in my pocket and brought out RM10 notes.

“Kalau yang sepuluh ringgit pun boleh. Maih sini…. Ok, dah”

Then I took my mykad and touch the panel again…

“Eh! Sudah sudah. Dah kira”

‘Oh-k. Terima kasih’

Smiling, I took a sit not far from where I was standing for almost 5 minutes ago. Its a new lesson to me that the RapidKL bus in Shah Alam, at least the one that pass through Commuter Station, only accept TnG card as the payment method. What an improvement!!!

While riding towards the place I want to go, I started to think.

What a good system. It make it easy for the rider, as well as the driver. No conductor needed and there’s no chance for burglars to take advantage!

I paused, and a new thoughts came in…

However, not everyone knew about this. Not everyone have the idea of how to use TnG card, especially the elders. More over for those who rarely catch the bus (like me!), its not very convenient. Perhaps, at least they should accept RM1 one notes. After all, the fare is just RM2! To get a TnG card it cost one self at least RM20. On top of that, the amount which is stuck in the card can’t be withdraw back. Its a bit of a hustle to certain people…

To conclude, I seriously believe it is a good start to introduce a system that make it easy for everyone. Yet, the implementation should be done with consideration of many other aspects were taken. In a long term, a good system will survive and prosper. More importantly, awareness should be instilled among the society.

That’s my 2 cents

Posted in Experience, Opinion
What is the date?
October 2017
M T W T F S S
« Feb    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: