Masjid Kampung

Alhamdulillah, diberi kesempatan, peluang oleh Allah ‘Azzawajal untuk mengisi masa pagiku dengan baik hari ini. Aku pergi solat subuh di Masjid Kampung Damai, lebih kurang 5 minit jauh jarak perjalanan menggunakan kereta. Sekali sekala aku mengubah angin, solat di masjid kampung lain. Sedangkan masjid di kampungku tidaklah sejauh mana dari rumah tapi mengambil semangat menziarahi masjid lain adalah satu pengalaman yang membuka minda.

Kehadiran jemaah untuk solat subuh berjemaah di masjid tidaklah penuh satu saf. Menariknya, ada 3 orang remaja turut serta. moga-moga mereka adalah dari kalangan belia yang istiqomah dengan kehadiran berjemaah di masjid. bila fikir kembali, kenapalah tidak aku berta’aruf dengan mereka? Di kampung ku jua, tidak ramai belia yang hadir untuk solat berjemaah di masjid. Walaupun solat berjemaah maghrib yang selalunya ramai jemaah yang mampu hadir. Jika maghrib pun dah sukar, jangan kata tentang solat-solat yang lain. Banyak gerak kerja yang dilakukan nampak gayanya… Bermula dengan diri sendiri!

Usai solat Subuh, sesi zikir dan Kuliah Subuh. Ini antara faktor penarik kepadaku untuk menghadiri solat Subuh di masjid ini. Bukanlah masjid di kampungku tidak ada kuliah Subuh, tapi macam yang aku katakan tadi, nak tukar angin. Biasanya di kampungku Imam Bulan Agama (namanya Kamaruddin, boleh la…) bacakan kitab baru yang aku pun belum tengok apa tajuknya. Muzakkir bentangkan bab Halal dan Haram dalam Islam, aku tidak pasti apa kitab rujukannya. Dan aku bertindak sebagai pemerhati semata-mata pada pagi ini.

15 minit yang pertama, aku lihat ramai yang mula ‘Syahid di medan Jihad’. Hampir semua pak cik-pak cik yang hadir tetunduk khusyu’, tersengguk-sengguk. Termasuk seorang adik yang duduk di sebelah ayahnya. 3 orang remaja tadi, hilang entah ke mana. Aku meneruskan pemerhatian, dan keadaan ini berterusan sehingga lebih kurang 10 minit terakhir Muzakkir berbicara dengan kitabnya. Usai membentang beliau bertanya ‘Ada Soalan?’

Kurang daripada 1 minit, beliau membuat penggulungan dan majlis bersurai. Termenung sebentar aku melihat suasana yang berlaku.

Satu usaha murni telah digerakkan di kampung-kampung, untuk menambah pemahaman kepada masyarakat dalam qriah tersebut. Namun, jujur aku dapat rasakan usaha yang diletakkan tidaklah benar-benar mengesani jiwa yang hadir. Kerana apa? Gaya kuliah ini disampaikan dan juga sikap mereka yang hadir. Mungkin kerana letih di malam hari, mungkin kerana nak hadirkan diri semata-mata ‘nak ambil berkat’ majlis ilmu, masing-masing menghadirkan diri. Apa yang dibawa balik untuk diamalkan? Tepuk dada tanya iman.

Situasi ini membuatkan aku berfikir, alangkah berbezanya masyarakat Melayu di kampung dan di bandar. Dari segi budaya menuntut ilmu sehinggalah kehidupan seharian. Dari pemerhatianku, masyarakat Muslim di bandar lebih terdedah kepada isu-isu semasa, dicurahi dengan pemahaman agama dari konteks kontemporari dan juga lama, berbanding di kampung-kampung (kampung kawasan aku ini) yang majoritinya mengamalkan gaya lama dalam menyampaikan ilmu agama. Pasti sekali belia pemuda remaja tidak tertarik untuk menghadirinya, sebabnya aku pun tidak tertarik dengan isi yang dibentangkan.

Lain pula rasanya bila berada dalam sesi kuliah subuh di Surau Munawwarah Seksyen 13 Shah Alam. Bukan saja gaya penyampaian yang menarik malahan, keadaan jemaah yang hadir turut mengalirkan aura untuk bersama-sama mendengar dengan penuh perhatian. Kerana majoriti yang hadir menumpukan perhatian, sedikit sekali yang ‘Syahid di medan Jihad’. Indahnya suasana begitu, ingin aku bawa pulang ke kampung (bukan kampung halaman) ku.

Satu ayat yang terbit dalam mindaku, “Masih banyak kerja dakwah yang perlu dilaksanakan”. Setelah aku menanam benih kemahuan untuk melaksanakan agenda dakwah di kampung ini, wajiblah untukku menyemai dan membaja serta memastikan benih agenda dakwah ini membesar subur agar kelak membuahkan ‘amal yang menjadi bukti di akhirat kelak. Sesungguhnya Ya Allah aku telah berusaha, terimalah usaha kerdil ku ini Ya Rabb, kurniakanlah RedhaMu ke atas kami….

Advertisements
About

Was born in January 5th 1989, the writer was brought up to view world in his own perspective. A lot have been counted as his interest, and lately, love to read like there is no tomorrow. By reading, the writer was encouraged to share his view/opinion/etc so that his life become more merrier. to know more about the writer, contact him at iqhakeem@gmail.com

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What is the date?
November 2011
M T W T F S S
« Oct   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: