Sejarah dan Kita

Begitu menarik perhatian isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini, terutamanya tentang kesahihan sejarah negara yang diriwayatkan oleh ramai pihak. Ada pihak terus menerus menyokong kesahihan  periwayatan sejarah negara yang sedia ada kini, malahan tidak kurang pula yang menyeru agar sejarah negara disemak semula.

Siapa yang mengetahui sejarah, dia tahu kemana hendak diarah. Oleh itu ketahuilah Seerah dan sejarah Dakwah anda di Abad ke 20 ini. Jangan berhenti membaca dan bertanya. Jangan disibukkan dengan isu-isu semasa sahaja, kerana kebanyakan darinya hanyalah serangan saikologi, bukan hakikat yang memberi bekas kepada Jalan Dakwah anda. “Adapun buih, ia akan pergi kekeringan. Adapun yg bermenfaat, ia akan kekal dibumi. Demikian Allah mendatangkan perumpamaan” (Al-Quran).

(UAHA, 2011)

Bukanlah pembangkitan isu-isu itu yang sewajarnya diberi perhatian lebih namun kepada apa yang ingin diketengahkan, yakni pengsahihan periwayatan sejarah ini. Ada hikmahnya isu ini tertimbul. Manakan tidak, barulah mula ramai yang membuka mata, menyuarakan pendapat tentang sejarah negara kita yang sekian lama (50 tahun kut) dipelajari dan di’hayati’. (Atau sebenarnya dah lama tapi tak cukup panas macam sekarang?)

Namun begitu, mungkin dari kalangan ayah-ayah, pak cik-pak cik, atok-atok, ramai yang mengeluarkan butir pendapat masing-masing. Pemuda, belia, remaja, boleh jadi ini reaksi mereka: ‘Sejarah? Er… Apa itu?’ ataupun ‘…’ dan lebih menyedihkan bila berlaku begini “…zzZZZ…”

Masakan subjek sejarah ini benar-benar menarik perhatian! Lihat saja yang dipelajari semasa tingkatan lima, sejarah kemasukan koko dalam Malaysia, Sawit, Getah, nama orang yang bertanggungjawab, dan metod penorehan her-ring. Menarik bukan? Ya, itu hanya sebahagian daripadanya, bukanlah semuanya kurang relevan. Sejarah tentang perjuangan menggapai kemerdekaan, detik hitam dan pelaksanaan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan keharmonian negara sudah pasti menyumbang kepada pemahaman yang baik dalam meerapkan nilai-nilai cintakan tanah air ke dalam jiwa setiap orang Malaysia.

Pergi lebih awal daripada itu, kita lihat sejarah yang lebih awal banyak periwayatan diambil daripada orientalis, di mana sejarah itu tertulis secara partial truth? Kisah bagaimana kehidupan manusia di Malaysia bermula, kembang biaknya, kehadiran pedagang dan mubaligh. Suatu perkara yang menarik di situ, seingat-ingat penulis tentang subjek sejarah dalam tingkatan empat, penyebaran agama Islam ini disampaikan melalui pedagang-pedagang arab yang datang dari jauh semata-mata untuk MEMONOPOLI PERDAGANGAN REMPAH DI NUSANTARA sementara kehadiran para penjajah dari tanah barat pula dengan mesej GOLD, GLORY, GOSPEL dan juga WHITE’S MAN BURDEN.

Ya… Anda nampak sesuatu di situ? Disirnakan di hadapan pembacaan kita penjajah dari barat datang dengan mesej Holistik manakala pedagang arab datang dengan tujuan Duniawi, sambil-sambil itu mereka menyebarkan fahaman agama Islam. Benarkah begitu? Kita semua Cuma angguk-angguk setuju dengan perkara ini?

Saya kira, wajarlah kajian yang lebih telus dibuat. Seperti kata-kata Ustaz Halim di atas, dengan mengetahui sejarah kita tahu destinasi yang ingin kita tujui. Bukan dengan menyerah bulat-bulat, tak kisah lah apa yang diriwayatkan janji dah tak ambil subjek sejarah masa ni (di IPT, dah bekerja). Ambil tahu juga dan pelajari semula. Kerana sifat seorang mukmin itu sentiasa bersedia untuk belajar perkara baru dan memperbaharui kefahaman yang mereka ada. Macam kata Dr. MAZA, Minda Tajdid, pembaharuan.

Moga-moga bermanfaat untuk kita.

p/s: banyak masa kita untuk telusuri laman web buku muka, tiub awak, mencari hiburan. Mengapa tidak, beri sedikit ruang cari sumber cerita-cerita sahih, yang berkenaan dengan diri kita,  bukan gosip perihal orang lain semata-mata? 😉

Advertisements
About

Was born in January 5th 1989, the writer was brought up to view world in his own perspective. A lot have been counted as his interest, and lately, love to read like there is no tomorrow. By reading, the writer was encouraged to share his view/opinion/etc so that his life become more merrier. to know more about the writer, contact him at iqhakeem@gmail.com

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What is the date?
September 2011
M T W T F S S
« Mar   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
%d bloggers like this: