Pengajaran Untuk Kita

Akhir-akhir ini kawasan MRSM KKB dilandan angin kuat. Sangat kuat sehingga debu-debu berterbangan daripada kawasan IKBN yang sedang dalam proses pembangunan. Debu-debu itu adakalanya sangat banyak hingga kelihatan seperti ribut pasir. Natijah daripada keadaan kemarau, kering kontang daerah MRSM KKB ini jadinya.

Namun, angin yang bertiup kencang itu yang menjadi tarikan musim awal tahun ini. Sangat kuat, adakalnya menggerunkan, adakalanya menghiburkan. Sangat sesuai untuk bermain layang-layang juga wau, tak perlu pergi ke pantai.

Ketika sedang menyidai kain yang sudah dibasuh, angin kuat menderu-deru. Menghirup udara pagi yang segar memberikan satu kehangatan ke dalam diri ini. Dan tiba-tiba, teringat sebuah kisah…

Dan (Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami beri berkah kepadanya. Dan Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

Al-Anbiya, 21;81

Kisah nabi Sulaiman yang mempunyai kerajaan di atas bumi, iaitu kerajaan yang meliputi sepelusuk alam, semua makhluk mengikut perintahnya. Dan kerajaan itu di negeri yang diberkahi oleh Allah Azzawajal. Negeri apa?

Palestin.

Tanah yang menjadi rebutan sekalian manusia yang menganut agama samawi. Beratus tahun negeri ini menjadi rebutan. Berapa banyak siri peperangan yang melanda dek kerana inginkan kawasan yang diberkahi ini. Dan kini, Palestin dalam keadaan yang genting. Ummat Islam sedang menderita di sana, berjihad fi sabilillah dengan musuh agama yang tidak kenal erti perikemanusiaan.

Ada yang berkata,

“This turmoil will never end till the end of the day”

Sejauh mana kebenaran statement ini? Diri ini tidak tahu…

Yang pasti, ada perkara yang perlu diingati dalam perjuangan ini. Satu lagi kisah yang baru terbaca sebentar tadi…

“Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah, niscaya dia akan tetap tingal di perut (ikan itu) sampai hari berbangkit.”

Quran, 37;142-144

Kisah nabi Yunus yang ditelan ikan Nun kerana lari daripada kaumnya, lari daripada tanggungjawabnya. Keadaan dalam perut ikan Nun itu amat sukar, amat payah. Ingat cerita Pinnochio yang kita pernah baca/tontoni sewaktu kita kecil (untuk yang pernah, seperti diri ini)? Betapa sukar kehidupan dalam perut ikan? Tiada cahaya matahari, tidak tahu malam siangnya, pendek kata keadaan yang susah?

Ya, keadaan yang susah. Perasaan gundah gulana, tidak selesa.

Itu yang dapat dirasakan melanda ummat Islam di kala ini. Maka, apakah yang perlu dilakukan? Wahai diri-diri yang kerdil ini, apakah yang perlu kita lakukan?

“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri…”

Quran, 13;11

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjado tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”

Quran, 13;28

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesubgguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungghnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”

Quran, 94;5-8

Inilah pengajaran yang diri ini perolehi. Semoga manfaatnya untuk kita bersama…

P/s: Rasa-rasanya, kisah pinocchio itu diadaptasi daripada kisah nabi Yunus? Hm…


Advertisements
About

Was born in January 5th 1989, the writer was brought up to view world in his own perspective. A lot have been counted as his interest, and lately, love to read like there is no tomorrow. By reading, the writer was encouraged to share his view/opinion/etc so that his life become more merrier. to know more about the writer, contact him at iqhakeem@gmail.com

Posted in Uncategorized
One comment on “Pengajaran Untuk Kita
  1. atif says:

    Dah sampai ke neh?

    Apa cerit? =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

What is the date?
January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: