Semangat dan Kefahaman

Bersemangat. Sampai bila? Mungkin, bila timbul isu-isu yang berkenaan, bersemangat untuk dijuangkan isu tersebut. Sesudah isu itu reda, bagaimana? Semangat yang amat tinggi jika tidak dipandu ke arah yang benar, mungkin saja membawa kepada natijah yang salah. Benar? Atau mungkin, semangat yang tinggi bila melilau-lilau akan menyebabkan semangat itu terhakis lalu hilang punah begitu sahaja.
Semangat, sehendaknya disulami dengan kefahaman yang betul. Kefahaman, itulah dia pemandu kepada semangat yang wujud dalam diri seseorang. Bila faham, maka kita akan sentiasa sedar, jaga, penting untuk dikekalkan semangat dalam melaksanakan sesuatu perkara, biar saat itu semangat itu rendah dan hampir hilang. Tapi, belum hilang, ya? Maka dengan kefahaman dan kesedaran terhadap peri penting kewujudan semangat tergeraklah diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, perkara-perkara yang mampu membakar kembali semangat yang lesu.

InsyaAllah, berguna untuk semua.

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Quran, 2;153

Tazkirah untuk diri yang lali dan alpa

One Response to Semangat dan Kefahaman

  1. Terasa diri ini. Selepas ini moga kita saling memperingati sesama kita mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kita. supaya kita sentiasa alert dan tidak mengambil tahu mengenai sesuatu isu itu pada masa ia digembar-gemburkan sahaja, akan tetapi sepanjang masa. insyaALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s